| Pengajian Pondok |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Thursday, 27 May 2010 02:47 | |
Pengajian kitab-kitab turath diperkenalkan oleh PMKT sebagai menyambung usaha ulama’-ulama’ silam dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk semua. Pengajian ini akan menggunakan beberapa kitab Jawi yang masyhur dikalangan masyarakat di Alam Melayu. Kebanyakan kitab-kitab ini diajar di masjid-masjid, pondok-pondok pengajian Islam (pesantren) dan ada juga yang digunakan sebagai bahan rujukan oleh para ahli akademik di universiti-universiti. Pada peringkat permulaan, hanya beberapa buah kitab sahaja yang akan digunakan oleh tenaga pengajar. Ini akan membolehkan pihak pondok dan para pelajar & golongan dewasa dapat memberi fokus kepada pengajian. Kaedah pengajaran yang akan dibuat ialah membaca / membahas isi kitab dari kulit ke kulit, iaitu sehingga habis. Ia tidak akan tertumpu kepada satu-satu topik khusus dalam kitab-kitab tertentu, tetapi lebih kepada cara pengajian tradisi dengan menghabiskan sesebuah kitab itu. Disamping itu juga para pelajar terpaksa belajar secara "Talaki" dengan tenaga pengajar secara berhadapan, ini untuk memantapkan dan membetulkan kesalahan secara individu.
|
|
| Last Updated on Thursday, 26 August 2010 07:40 |
Pengajian Kitab Turath dan Maahad Tahfiz


