Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Best view by using the latest version of Google Chrome or Mozilla Firefox with 1024px x 768px screen resolution.

Konsep Pembelajaran PMKT

Penyebaran Pengajian Kitab Turath ini tidak hanya terhad di masjid dan madrasah sahaja, malahan akan diperluaskan kesegenap lapisan masyarakat seperti di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, Pertubuhan - Pertubuhan, Persatuan - persatuan, Syarikat – syarikat, Sekolah-Sekolah, IPTA, IPTS dan semua agensi-agensi yang terbabit.

Dengan penggunaan keadah intensif, pihak PMKT akan mendekati masyarakat secara kelompok-kelompok kecil yang terdiri daripada sepuluh ahli yang memudahkan tenaga pengajar buat pantauan terhadap tahap fahaman dan penguasaan mereka.

Berdasarkan situasi masyarakat melayu yang hampir pupus daripada memahami tulisan jawi, PMKT akan mengambil langkah-langkah secara bacaan tubi kepada masyarakat.

Memandangkan keadaan para ilmuan di zaman ini secara puratanya kita dapati mereka menguasai ilmu secara bacaan tidak hafalan maka terbentuklah satu sistem pengajian yang berdasarkan secara latih tubi pada peringkat pembacaan dan pemahaman dari pihak PMKT yang hasilnya para pelajar dapat menguasai ilmu secara hafalan yang mendalam.

Terbentuknya Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath (PMKT) dengan harapan ingin memupuk masyarakat celik Jawi dan Fardhu Ain kepada setiap lapisan  masyarakat serta dapat mengamalkan di saat generasi tua pulang ke Rahmatullah dalam keadaan bebas daripada tuntutan Allah di alam akhirat.

Memandangkan masyarakat beranggapan negatif daripada mana-mana badan dakwah di atas cara sosio-budaya mereka, maka PMKT mengambil langkah pendekatan secara kasih sayang yang bercirikan akhlak Rasulullah SAW akan dilaksanakan pertubuhan ini.

BILANGAN PELAWAT

 

Hit Counter
sejak 1 Mac 2009

 

ONLINE

We have 15 guests and no members online

PESANAN RINGKAS