Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Best view by using the latest version of Google Chrome or Mozilla Firefox with 1024px x 768px screen resolution.

Manfaat PMKT

Menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar-pelajar Kitab Turath dari segi pendidikan, keperluan sosio-ekonomi demi kepentingan agama, bangsadan negara.

Menghayati budaya pengalaman Kitab-kitab Turath berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah di kalangan masyarakat Islam.

Memelihara kepentingan aqidah Ahli Sunnah Wai Jamaah melalui Pengajian Kitab-kitab Turath.

Mengembangkan dan memartabatkan pengamalan syariat Islam berdasarkan mazhab Al-Syafie yang menjadi pegangan dan tunggak amalan rasmi umat Islam Malaysia.

Memupuk minat pengajian Kitab-kitab Turath terutama di kalangan generasi muda.

Untuk membeli, memajak, menjual dan memiliki harta berupa tanah, dan harta wakaf, rumah kedai dan sebagainya bagi menjana dana pertubuhan berlandaskan hukum Islam dan pihak berkuasa berkenaan.

Memberikan panduan dasar dalam pengajian Kitab Turath kepada pengajar dan penuntut - penuntut berpandukan kitab-kitab muktabar dalam mazhab Syafie.

Mengadakan dan menjalankan seminar muzakarah dan forum yang berkaitan dengan pengajian Kitab-kitab Turath

Menyediakan penuntut Kitab Turath sebagai tenaga pengajar untuk mengajar di masjid-masjid, surau-surau dan kepada individu-individu yang berminat yang tertakluk kepada syarat-syarat dan mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Tempatan.

Mengumpulkan Kitab-kitab Turath rujukan ilmuan Islam secara membeli, memberi, menghadiah dan mewakafkan untuk perpustakaan Pertubuhan.

Membayar imbuhan kepada panel-panel rujukan yang menyumbangkan kepada Pertubuhan.

Menggembelingkan tenaga dalam memartabatkan hukum-hukum yang diputuskan oleh para ahli Majlis Fatwa Negeri dalam Malaysia serta Islam dengan cara ahli pertubuhan menerima tanpa perselisihan pendapat.

BILANGAN PELAWAT

 

Hit Counter
sejak 1 Mac 2009

 

ONLINE

We have 23 guests and no members online

PESANAN RINGKAS