Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Best view by using the latest version of Google Chrome or Mozilla Firefox with 1024px x 768px screen resolution.

Pengenalan

Sistem pengajian pondok merupakan satu satu sistem pendidikan Islam secara formal di pondok-pondok tradisional yang menjadi teras sistem pendidikan Islam di Asia Tenggara. Sistem pendidikan pondok ini memfokuskan pengajian Islam terutama bidang pengajian Al-Quran, Hadis, Nahu, Soraf, Feqah, Usuluddin, Tasawuf, Kitab Jawi dan Kitab Arab.

Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu ketika itu telah dipelopori oleh alim Ulama’dan para ustaz – ustaz yang mendapat pendidikan di Masjidil Haram Makkah, Madinah , Mesir terutama dari Universiti Al-Azhar dan Patani. Pelajarpelajar terdiri daripada anak-anak daripada keluarga yang berkesedaran tinggi dalam bidang agama, anak-anak pembesar negeri dan masyarakat umum.

Kitab-kitab pengajian adalah ditulis tangan dan pembelajaran diajar secara lisan atau bertalaki “bersemuka” antara para pengajar dan pelajar. Pembinaan pusat pengajian berkonsep pondok kayu beratap nipah, maka dari situlah berkembangnya pondok-pondok yang tersohor ketika itu dan sistem pengajian ini menjadi pemangkin kearah kemajuan ilmu dan berjaya menarik ramai pelajar-pelajar di seluruh pelusuk negeri dan merupakan wadah utama pusat kelahiran para pendakwah. Lulusan-lulusan awalan pondok ini kemudiannya menjadi alim ulama tersohor di seluruh tanah air dan dapat menjawat jawatan penting didalam perkhidmatan awam kerajaan.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957, pendidikan pondok telah  mendapat persaingan dengan sekolah menengah aliran akademik dan kebangsaan serta sekolah-sekolah menengah agama (Arab) serta kolej-kolej Islam dan Universititi.

Arus perdana menampakan minat mayarakat dalam pendidikan Islam berubah kepada universiti-universiti tempatan, timur tengah dan Negara Barat.

BILANGAN PELAWAT

 

Hit Counter
sejak 1 Mac 2009

 

ONLINE

We have 49 guests and no members online

PESANAN RINGKAS