Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Best view by using the latest version of Google Chrome or Mozilla Firefox with 1024px x 768px screen resolution.

Syarat Kemasukan Pelajar

 

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath (PMKT) dengan harapan ingin memupuk masyarakat celik Al Quran dan Jawi kepada setiap lapisan  masyarakat serta dapat mengamalkan di saat generasi tua pulang ke Rahmatullah dalam keadaan bebas daripada tuntutan Allah SWT di alam akhirat.

Sehubungan tersebut, PMKT ingin menawarkan kepada pelajar – pelajar baru yang berminat untuk memasuki pondok pengajian Mahaad Tahfiz dimana setiap pelajar, insyallah akan diberi penekanan khususunya kepada Kitab Al Quran 

Syarat- Syarat Kemasukan Pelajar

1. Warganegara Malaysia (beragama Islam) sama ada lelaki perempuan (bagi pelajar oku akan di pertimbangankan).

2. Berumur di bawah 13 tahun (Maksudnya berumur dari 6 tahun - 13 tahun)

3. Setiap pelajar tidak meninggakan solat 5 waktu sehari semalam.

4. Berkehendak untuk memperbaiki akhlak untuk kemajuan diri.

5. Bersemangat dalam menjalani ibadah amali dan praktikal.

6. Beradab sopan dalam menuntut ilmu.

7. PMKT hanya menawarkan pengajian 100%  Pengajian Al-Quran dan tiada pengajian perdana.

8. Tempoh pengajian sekitar 2 - 6 tahun (cepat atau lambat berdasarkan pencapaian pelajar).

9. Yuran Pendaftaran - RM100.00 dan Yuran Pengajian Bulanan - RM300.00 (termasuk makan & minum, tempat tinggal dan tenaga pengajar) pada setiap bulan.

10. Kelas akan bermula pada jam 6.00 pagi hinggga 11 malam (Isnin-Ahad), ada di antara waktu-waktu tertentu pelajar akan berehat.

11. Setiap pelajar akan berada dipondok selama tempoh 44 hari, pelajar hanya dibenarkan bercuti selama 3 hari sahaja.

 

BILANGAN PELAWAT

 

Hit Counter
sejak 1 Mac 2009

 

ONLINE

We have 59 guests and no members online

PESANAN RINGKAS