PENGENALAN
Pengajian Kitab Turath - Pengajian Kitab Turath yang dibuka di PMKT ianya berlainan daripada pusat pengajian Kitab yang lain dimana para pelajar didedahkan kepada kitab - kitab Jawi lama yang tiada berbaris didalam bidang Fekah , Tauhid , Tasawuf. Malahan para pelajar dikhendaki mempelajari Al-Quran & Mukhadam serta ilmu-ilmu Al-Quran seperti Ulum /Loghatul Al-Quran, ilmu saraf dan ilmu Asbabul Nuzul.
Pengajian Mahad Thafiz - Pengajian hafazan Al-Quran yang dibuka di PMKT merujuk kepada keadah negera syam, dimana setiap para pelajar menghafal Al-Quran akan diberi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu Al-Quran seperti Ulum/Loghatul Al-Quran, Kaedah memahami asal lafaz Al-Quran (ilmu saraf/ ilmu Asbabul Nuzul, sebab-sebab turun ayat Al-Quran/ ilmu Nashilahe dan Mansuh dan lain-lain yang merangkumi dalam ilmu Al-Quran. Malahan pelajar juga di didedahkan kepada kitab - kitab Jawi lama yang tiada berbaris didalam bidang Fekah , Tauhid , Tasawuf.