Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Best view by using the latest version of Google Chrome or Mozilla Firefox with 1024px x 768px screen resolution.

Soalan Lazim

PERTUBUHAN

1. APA ITU PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH

PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH NEGERI MELAKA(PMKT) adalah pusat pengajian kitab-kitab yang terdahulu yang lebih di kenali sebagai kitab kuning (Arab ataupun Jawi).

PMKT didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 di bawah n.o pendaftaran 160-08-MEL pada 16hb September 2008.

Pertubuhan ini mempunyai alamat berdaftar di Madrasah AI-Hasanah, No. 236-1, KM 5, Kampung Padang Temu, 75050 Melaka dan mempunyai pondok pengajian dan pejabat disana.

Bermula pada Sept 2014, PMKT beroperasi di Madrasah AR-Rabbaniyah, Lot 5561, KM 19, Mukim Sebatu, 77300 Merlimau, Melaka.

2. APA MISI PERTUBUHAN PMKT

Visi - melahirkan tenaga pengajar kitab turath dan profesional - profesional yang mahir dalam kitab turath menjelang tahun 2020, biiznillahitaallah.

Misi - mempertahankan, memperjuangkan dan mewarisi kitab-kitab ulama terdahulu sama ada di dalam bahasa Arab, jawi berlandaskan ilmu-ilmu al-Quran & syariat Islam.

3. APA OBJEKTIF PERTUBUHAN PMKT

Objektif utama ada pengambilan pelajar-pelajar terdiri daripada keluarga yang kurang bermampuan, anak-anak yatim dan OKU.

Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada pelajar dalam mewarisi kitab-kitab peninggalan ulamak-ulamak  terdahulu samada Bahasa Arab atau Jawi yakni ilmu-ilmu Al-Quran dan Syariat Islam bagi pendedahan dakwah yang menyeluruh untuk kemajuan pendidikan.

Memberi semangat kepada pelajar dalam menguasai ilmu Kitab-kitab Turath bagi pendedahan yang menyeluruh kepada umat Islam dan dakwah Islamiah selaras dengan dengan kemajuan agama dan bangsa.

Memberi daya saingan kepada masyarakat dalam kepentingan ilmu dari segi sudut pembacaan dan pembelajaran bagi pendekatan diri kepada Allah dan Rasul.

 4.KENAPA PENGAJIAN KITAB TURATH 

Berdasar kepada situasi semasa, tulisan jawi hampir pupus maka PMKT dengan harapan ingin memupuk masyarakat celik Jawi dan Ilmu Fardhu Ain bagi membimbing setiap lapisan  masyarakat Islam.

Diantara kitab - kitab tersebut adalah seperti berikut kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi dan banyak lagi kitab – kitab.

Pengarang kitab-kitab tersebut berasal dari Nusantara yang kebanyakan mereka menuntut ilmu dari Timur Tengah, dan ianya menjadi sebahagian besar modul - modul pengajian di pondok - pondok di Malaysia. 

 

5.APA ITU PONDOK PENGAJIAN PADANG TEMU, MELAKA.

PMKT pada tahun 2008 telah membangunkan sebuah pondok pengajian Kitab Turath di satu kawasan yang dikenali sebagai Pondok Padang Temu. Dimana urusan pengajian dan pentadbiran pondok dibawah pengurusan PMKT.

Namun, PMKT semenjak Sept 2014 telah berpindah operasi pondok pengajian Kitab Turath dari Pondok Pengajian Padang Temu ke Pondok Pengajian di Batu Gajah, Merlimau, Melaka yang lebih di kenali sebagai Madrasah AR-Rabbaniyah, Merlimau,Melaka di mana segala urusan pengajian dan pentadbiran pondok juga berada di sana.

Manakala Pondok Pengajian Padang Temu hanya dibuka Pusat Terjemahan Kitab dan Mahad Tahfiz dan sebagainya.

6.APAKAH MADRASAH AL-HASANAH DAN PONDOK PADANG TEMU DUA TEMPAT YANG BERBEZA

Tidak, sebenarnya surau di pondok Pengajian Padang Temu yang dinamakan Madrasah AI - Hasanah telah lama wujud.

 

7.APAKAH PMKT MEMPUNYAI CAWANGAN

Ya, kami mempunyai beberapa cawangan, seperti berikut Pondok Pengajian Padang Temu, Pondok Pengajian Alia dan Pondok Pengajian Kemengkang, Jasin,Melaka, insyallah akan di buka adalah Pondok Bukit Durian, Pondok Pengajian Krubong dan sebagainya.

Kami juga sudah menerima pelawaan tapak tanah di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.   

Bagaimana jika saya hendak mewakafkan tanah, sila hubungi Pejabat PMKT di talian di 017-7010501

 

 

PONDOK PENGAJIAN DAN MAHAD TAHFIZ

 

8.BAGAIMANAKAH MODUL PENGAJIAN KITAB TURATH

Setiap pelajar akan didedahkan kepada pengajian kitab - kitab Turatah yang akan diajar oleh para ustaz/ustazah dimana  para Ustaz/Ustazah yang mengajar kebanyakan mempunyai sanad pengajian daripada guru-guru mereka.Di samping itu Kelas Pengajian Al Quran tetap berjalan bersama-sama. (100% Pengajian Agama Sahaja) tiada modul pengajian lain.

 

9.BERAPA LAMA TEMPOH PENGAJIAN

Pada asasnya berdasarkan modul pengajian sekitar 6 - 8 Tahun, namun cepat atau lambat berdasarkan pencapaian pelajar.

 

10.ADAKAH MEREKA PERLU MENDUDUKI PMR, SPM, STPM SEMASA BERADA DISINI

Tidak, PMKT hanya menawarkan pengajian 100% kitab Pengajian Turath serta Pengajian Tahfiz Al-Quran, terkini menggunakan modul pengajian Maahad Syam.

 

 

11.SYARAT KEMASUKAN

Muslim dan Muslimat berumur dari 7 tahun hingga 60 tahun.(Jika berumur lebih, kami boleh dibawa berbincang), kesemua ini bagi para pelajar Pondok Pengajian Kitab Turath

Bagi pelajar Mahaad Tahfiz , setiap pelajar dikehendaki berumur dibawah 13 tahun serta bakal ditemuduga oleh Ustaz ataupun Ustazah.

 

12. BERAPA YURAN PENGAJIAN

RM 280 bagi seorang pelajar untuk setiap bulan bagi Pelajar Pondok Pengajian dan sebanyak RM100 bagi pendaftaran.

RM 300 bagi seorang pelajar untuk setiap bulan bagi Pelajar Mahaad Tahfiz dan sebanyak RM100 bagi pendaftaran.

  • Setiap pelajar insyallah akan disedikan makan pada waktu pagi , tengah hari dan petang sahaja.
  • Setiap pelajar yang sakit akan dibawa kepada Klinik Kerajaan namun waktu – waktu tertentu sahaja di klinik swasta.
  • Setiap pelajar  TIDAK DI BENARKAN untuk menghisap rokok , mana-mana pelajar yang menghisap rokok akan diambil tindakan displin daripada pihak pengurusan pondok.
  • Wang belanja/wang tunai tidak di benarkan ditinggal bersama pelajar tetapi perlu di beri kepada ustaz / ustazah.

 

13. WAKTU PENGAJIAN

Bermula  jam 7.00 pagi hinggga 10 malam (Isnin-Ahad), ada di antara waktu-waktu tertentu pelajar akan berehat / Aktiviti.

 

14.CUTI 

Bagi Pelajar Mahaad Tahfiz

Pelajar hanya dibenarkan bercuti selama 2 hari pada setiap bulan sahaja. Cuti - cuti lain berdasarkan kes-kes dan atas keputusan Mudir Pondok. (Guru Besar)

 

Bagi Pelajar Pondok Pengajian

Pelajar hanya dibenarkan bercuti selepas habis tamat kitab pengajian . Cuti - Cuti lain berdasarkan kes-kes dan atas keputusan Mudir Pondok.

 

15.Pelajar yang di Cutikan dan sebagainya.

Semua kes akan di tentukan oleh sebuah badan ,setelah semua maklumat dikumpulkan dan diberikan kepada pihak Mudir Pondok sahaja yang boleh membuat keputusan diatas kes ini. Keputusan dari Mudir Pondok adalah Muktamad, namun ibubapa dan penjaga boleh membuat rayuan.

 

 

16.Barangan Keperluan Pelajar.

Pelajar Muslim diminta menyediakan pakaian terutama AL Quran,Jubah Putih & Kelabu, kopiah putih, serban putih, seluar panjang, kain Pelekat,  T-shirt berlengan panjang (atau pendek) , selipar & kasut , bantal, berus gigi , ubat gigi, berus baju, sabun mandi, sabun basuh baju, penyakut baju, baldi, toto dan lain barangan keperluan diri.

Pelajar Muslimat diminta menyediakan AL Quran, pakaian terutama Jubah Hitam, seluar panjang & baju kurung , kain sembahyang & telekung , T-shirt berlengan panjang , selipar & kasut , bantal, berus gigi , ubat gigi, berus baju, sabun mandi, sabun basuh baju, penyakut baju, baldi, toto dan lain barangan keperluan diri.

Hand Phone, radio dan barangan permainan elektrik TIDAK DIBENARKAN.

Ibu bapa dan penjaga dibenarkan berjumpa dengan anak – anak namun diminta berhubungan dahulu dengan para ustaz dan ustzah serta pihak Pejabat. Tidak dibenarkan membawa keluar pelajar TANPA BERHUBUNG DAHULU DENGAN USTAZ / USTAZAH ATAU PIHAK PEJABAT.

BILANGAN PELAWAT

 

Hit Counter
sejak 1 Mac 2009

 

ONLINE

We have 9 guests and no members online

PESANAN RINGKAS